Kursus ini menekankan empat bidang utama yang berkaitan dengan akal budi Melayu, iaitu bahasa dan akal budi Melayu, falsafah/epistemologi Melayu, arkeologi Melayu dan perjalanan kehidupan manusia. Pelajar akan didedahkan dengan konsep, teori dan latar belakang tentang bidang-bidang yang berkenaan, yang sangat berkaitan dengan akal budi Melayu, termasuk bidang sains dan teknologi. Justeru pelajar akan dapat mengaitkan ilmu-ilmu yang ditekuni dengan akal budi Melayu dalam usaha membentuk sebuah generasi yang mempunyai jati diri kebangsaan. Pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan dalam bentuk pengalaman pembelajaran, kuliah, tugasan dan pembentangan. Bahasa pengantar kursus ialah bahasa Melayu. Untuk sementara, kuliah dijalankan secara dalam talian melalui MS Team, Zoom atau Google Meet.