Kursus ini bertujuan membimbing pelajar menghasilkan penulisan kreatif dan fakta seperti karangan dan artikel ilmiah. Pelajar dilatih untuk menghasilkan karya dalam bentuk intrapersonal dan interpersonal seperti penulisan diari, memo, pesanan ringkas dan surat. Pelajar diajar kemahiran menghasilkan penulisan untuk khalayak seperti penulisan biodata, laporan, buletin, iklan, media sosial elektronik dan bukan elektronik. Penekanan diberikan untuk menghasilkan penulisan yang baik mengikut pola ayat dan konvensyen penulisan bahasa Arab.